MASA ITU EMAS

MASA ITU EMAS

Seketika itu aku kaku,
Aku melihat kau tik tok tik tok tik tok,
Kau berdetik tanpa jemu,
Itulah masa yang mana aku leka, aku lalai, aku ingkar,

Tanpa ku sedari kau berlalu,
Meninggalkan aku, dengan putaran kau yang sedikit tetapi besar maknanya,
Masa dari muda tanpa sedari menjadi tua,
Itulah kesan masa yang mana kita leka dan lalai,

Masa kau wujud bersama putaran alam,
Masa itu sangat indah jika kau dan aku hargainya,
Berbagai manfaat kau dan aku boleh kecapi jika hargai masa,
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit,

Sayangku masa terima kasih kerana setia saat suka dan dukaku,
Sangat jiwa tertekan saat kau pergi,
Merindui saat2 indah berlalu,
Tapi ketahuilah masa tak pernah mengejar kita, 
Sebaliknya kitalah yang mengejar masa.

No comments:

Post a Comment